SRI PINTAR AL-AMIN

 الشاطريّة الأمين المدرسة الاسلاميّة

PUSAT PENDIDIKAN INTEGRASI ISLAM SRI PINTAR AL-AMIN

CENTRE OF INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION 


SEKOLAH RENDAH ISLAM
Tahun 1 hingga 6 

SRI PINTAR AL-AMIN

ARAS 1, KOMPLEKS 3C , JALAN 11/2,

46150 BANDAR SUNWAY, SELANGOR

TEL /FAX : 03-56362656 HP : 019 766 6135 / 019 286 6135 

 

Pengenalan 

ü   Pendekatan yang bersepadu, gabungjalin, merentas kurikulum

ü   Pembentukkan interpersonal mukmin dan mukminah

ü   Aktiviti berjamah, Madrasatulail, Solat Jumaat bagi pelajar lelaki

ü   Mempraktikkan amalan As-Sunnah, As-Sufi

ü   Menerapkan amalan kepimpinan dan kekeluargaan Islam

Menyedari fenomena keruntuhan akhlak dan kejerebuan nilai yang melanda masyarakat kita dewasa ini terutamanya para remaja, pihak kami merasa terpanggil untuk mengorak langkah ke arah membentuk generasi beriman, bertaqwa dan bermaklumat.Justeru itu, kami melihat bahawa institusi pendidikan merupakan wadah yang sangat penting dalam menjana pembangunan insan sedemikian.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita pada hari ini untuk memberikan pendidikan yang terbaik bagi anak-anak kita.Atas kesedaran inilah, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu kurikulum bersepadu yang lebih dinamik bagi mencernakan aspirasi dan falsafah pendidikan Islam.

Maka lahirlah sekolah yang ada pada hari ini, semoga sekolah ini mampu melahirkan generasi yang menerima Islam sebagai satu cara hidup yang syumul serta mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan yang seimbang.

Konsep Persekolahan 

Gabungan bersepadu kurikulum akademik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan kurikulum agama daripada Jabatan Agama Islam Selangor serta kurikulum pendekatan dan strategi perlaksanaan kami seperti berikut:

ü  Program Hafazan dan Tahfiz Al-Quran

ü  Bahasa Arab kaedah Mikro

ü  Teknologi Maklumat ( ICT )

ü  Pembentukkan Interpersonal mukmin

ü  Tarbiyyah Islamiyyah

ü  Sistem kelas satu sesi

ü  Populasi 24 orang sekelas

ü  Jadual Waktu yang fleksibel

 

Latar Belakang 

SRI Pintar Al-Amin adalah sebuah institusi pendidikan swasta ditubuhkan sejak tahun 1999 berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor menawarkan konsep kesepaduan kurikulum agama dan akademi dari peringkat pra sekolah,sekolah rendah dan sekolah menengah.


  Pendekatan Sri Pintar Al Amin.

 

ü   Pendekatan yang bersepadu, gabungjalin, merentas kurikulum

ü   Pembentukkan interpersonal mukmin dan mukminah

ü   Aktiviti berjamah, Madrasatulail, Solat Jumaat bagi pelajar lelaki

ü   Mempraktikkan amalan As-Sunnah, As-Sufi

ü   Menerapkan amalan kepimpinan dan kekeluargaan Islam